Pengusaha dan penerbit2 filem klasik ini semuanya tergulung dari kaum bukan melayu. Mereka menjadi kaya raya dengan modal mempersenda dan menghina orang melayu. Ada kemungkinan ketika itu kita sedang dijajah dan tidak boleh bersuara lebih.
Oleh kerana kita terlalu seronok dan leka serta teruja menonton2 filem2 ini, hingga kehari ini kita masih tidak sedar bahawa kita sedang dipersendakan oleh 'mereka'. Walaupun cerita dari filem ini boleh dijadikan teladan atau memberi kesedaran kepada kita, ianya tetap akan memberi gambaran negatif terhadap bangsa melayu.
Sebalik nya jika beraleh pula kepada filem klasik dari India, kita di pertonton kan dengan kehebatan raja2 dan rakyatnya dimasa lampau. Begitu juga dengan filem klasik dari negeri Cina, hampir semuanya menunjulkan kehebatan dan kekuatan serta kebijaksanaan rakyat dan raja2 mereka.
Sedangkan kita di pertontonkan dengan cerita2 kezaliman, ketidak bijaksanaan dan kelemahan raja2 dan orang2 besarnya.
Sepatutnya cerita Musang Berjanggut itu memaparkan kebijaksanaan raja dan buka seorang anak angkat dari keturunan yang tidak berdarah raja.